sejarah pentas
Ruang ialah suatu aspek yang utama di dalam seni bina.Ruang yang selalu diguna pakai dimaksudkan di dalam seni bina ialah ruang-ruang yang terbentuk apabila terdapatnya dinding-dinding atau objek-objek yang kedudukannya atau perletakannya membentuk satu kawasan samada dĕngan mengelilinginya secara bulatan, empat segi ataupun sebagainya.Konsep ruang ditakrifkan dengan lebih mendalam, ianya bukanlah semata-mata dibentuk oleh dinding, tetapi tanpa dinding-dinding dan objek-objek.Kewujudan ruang sebenarnya tidak terhad iaitu tiada penghujungnya
Di dunia seni teater khususnya, pentas telah terbahagi diantara 3 jenis, yang paling utama dan sering digunakan.
Pentas pertama ialah pentas yang berbentuk proscenium
Berasal dari perkataan Greek, Proskenium,di gunakan Sejak zaman Italian Renaissance.Juga dikenali sebagai Picture Frame Stage.Berada dihadapan Skene (Backdrop).Proscenium Arch di Rome diterangkan sebagai Proscenium yang bermaksud “In front of the scenery”.Di Rome Theater, tiada proscenium arch seperti pentas kini.
ciri-ciri pentas:
1. Panggung proscenium yang menggunakan bingkai(proscenium arch) dan dipasangkan
tirai pada bingkainya adalah bertujuan untuk memisahkan ruang lakon dari penonton.
2. Selain itu ia juga digunakan untuk menukar set atau membuat
apa-apa perubahan diatas pentas tanpa pengetahuan penonton.
3. Jarak ruang lakon dan kedudukan penonton juga memberikan impak kerana
ianya membuatkan persembahan menjadi lebih jelas seolah-olah tiada penonton yang
melihatnya (fourth wall) penonton duduk di satu arah sahaja.
4. Penggunaan pentas proscenium juga membenarkan setiap aspek kekaguman dipersembahkan tanpa dilihat oleh penonton.
Semua kemudahan ini sangat membantu dari segi artistik persembahan dan juga pementasan-pementasan realism.
5. Oleh kerana itu, kebanyakkan pentas yang dibina hingga sekarang adalah bercirikan pentas proscenium.
Konsep Teras pada peringkat umumnya digunakan berabad lamanya, dan telah digunakan pada tahun 1953 oleh Festival Shakespeare Stratford Kanada.
Theatre Festival pada asalnya hanya dipentaskan dibawah khemah sehingga ke peringkat teater. Pada tahun 1957 pentas teras telah di bina secara kekal. Setelah itu, pentas teras yang lain juga telah di bina di merata tempat.
Theatre Festival pada asalnya hanya dipentaskan dibawah khemah sehingga ke peringkat teater. Pada tahun 1957 pentas teras telah di bina secara kekal. Setelah itu, pentas teras yang lain juga telah di bina di merata tempat.
ciri-ciri pentas :
1.Pentas Thrust seakan pentas Prosecinium tetapi 2/3 bahagian depannya memfokuskan kearah penonton.
2.Mempunyai 3 posisi iaitu :
1 di hadapan
2 disisi kiri dan kanan
3.Pintu masuk (entrance) melalui belakang pentas.
4.Ia boleh merapatkan jurang antara pelakon dengan penonton (komunikasi).
Pentas arena ialah pentas yang berasal dari zaman Yunani. Berbentuk terbuka dengan penonton duduk secara separa bulatan atau bulatan semasa menonton persembahan. Dikenali sebagai centre stage.pentas arena adalah sebuah pentas yang tidak memperuntukkan banyak kelebihan dari sudut kekaguman, kerana ruang yang terhad membataskan pergerakan set yang besar.
Menurut Gary ,'Theater gesture for the actor needs to be of a bold nature. Rapid movement and small gesture with normal conversational dialogue would become lost.' ini bermaksud, sekiranya seseorang pelakon berlakon di pentas arena, mereka haruslah bijak dalam membuat gerakan dalam lakonan, kerana jika pergerakan yang dibuat adalah kecil, maka akan tenggelamlah perwatakan sesuatu watak.
ciri-ciri pentas adalah :
1. Jalan keluar dan masuk mesti dibina melalui penonton (celah-celah penonton).Jalan keluar dan masuk mesti dibina melalui penonton (celah-celah penonton).
2. Ini menyebabkan “surprise entrance” ( pelakon masuk pentas secara mengejut) akan menjadi sukar kerana pelakon mestilah masuk pentas tanpa dilihat terlebih dahulu. Maka, jalan masuk ke pentas biasanya akan dibina pada sudut teater.
3. Di Malaysia, pentas berbentuk arena terdapat di Lambang Sari IstanA Budaya. dan di stadium-stadium yang ada di Malaysia
4. Tidak memerlukan frame atau pengahadang (barrier) untuk mengasingkan pelakon dari penonton.
5. Bersifat ekonomik (disebabkan hanya memerlukan bajet yang rendah berbanding stage yang lain).
rumusan
walaupun terdapat banyak jenis pentas.namun pentas yang paling sesuai dan paling banyak digunakan pada masa ini ialah proscenium stage.kerana ini memudahkan pelakon membuat penukaran set dan costume.
rujukan.
rujukan.
The theatre experience Edwin Wilson.The city university of new York, 2004
A Phaidon Theatre Manual, Stage Design And Prosperties (1998)