Sunday, 9 October 2011

teater juta-juta


 sinopsis

 teater ini mengisahkan tentang perjalanan seni tiga sahabat baik,yang mengusulkan cadangan untuk mementaskan teater di sebuah panggung terhebat tanah air,iaitu "keraton Seni"
mereka telah mencapai kata sepakat dan telah membuat sesi pembentangan untuk mendapatkan sokongan dan tajaan banyak pihak.walaubagaimanapun,perjalanan seni mereka tidaklah semudah yang di sangkakan.

semasa sedang membuat pembentangan idea di hadapan pengarah keraton,bakal penaja dan juga pengkritik teater tanah iar,mereka telah mengimbau kembali bagaimana mereka telah bergelumang dengan senario teater tanah airsewaktu zaman bergelar pelajar dahulu.

dan mereka meneruskan juga perbincangan mereka untuk mementaskan teater sehinggalah bertikam lidah antara satu sama lain.Namun dengan fikiran yang waras,dan perjuangan seni mereka masih belum selesai,mereka akhirnya telah membuat satu keputusan untuk mementaskan sebuah teater yang berkisar mengenai kehidupan mereka.

preview

ceritanya bermula apabila tepat jam 8.30 malam.Teater ini pada pendapat aku ianya mengisahkan tentang3 orang anak muda yang memperjuangkan karya mereka.harapan yang tinggi untuk melihat industri teater kecil mendapat nama di pentas keraton( sebuah tempat yg berprestij) telah dihalang.

Teater ini mengisahkan tentang cerita dalam cerita atau lebih enak di sebut teater dalam teater.teknik flash back juga dimasukkan .

Teater ini juga berbentuk synical,secara halusnya,jalan cerita ini bukanlah ditujukan kepada mana-mana pihak.namun sebagai orang yang celik seni,dan arif tentang selok belok dunia teater.dan bagi mereka yang lebih dikenali sebagai indie band ni sudah tentu masak dengan  protokol "sistem" itu sendiri.

teknik penceritaan agak kemas..walaupun hanya dimainkan oleh 3 orang pelakon iaitu Aloy Paradoks,Fazleena Hishamuddin adalah seorang gadis yang tidak peru diperkenalkan lagi. Beliau digelar Ratu Indie Malaya,dan juga anak muda yang masih menuntut di UITM,Anas Ridzuanyang membawakan 12 watak,tapi mereka berjaya membuatkan penonton teruja an terpegun dengan aksi yang di tampilkan.

bagi aku,walaupun teater ini sedikit sinis,tapi ada unsur humornya.stor kecil seperti DBP itu,yang disaksikan oleh banyak peringkat,tidak pudar dengan hilai tawanya.
pengucapan yang jelas dan lancar oleh ,Fazleena Hishamuddin membuatkan aku begitu kagum.set dan prop yang digunakan tidaklah begitu gah dan mewah,kerana teater yang kecil sebegitu,tidak memerlukan bajet yang besar,cukuplah sekadar RM20,tapi besar maknanya pada kami yang cuba bergiat dalam bidang ini.

'Juta-Juta' sebenarnya lebih  membuka hal-hal rumit di sekitar mereka selaku penggiat teater kecil-kecilan yang berdepan dengan pelbagai karenah dan hal-hal yang tidak munasabah dalam memperjuangkan karya seni mereka. Aku faham tentang 'tempat agung' Keraton Seni yang mereka maksudkan. Aku juga mengerti betapa kebanjiran teater-teater muzikal komersial banyak mengubah senario teater tempatan. Dan aku juga tentu amat maklum tentang ketidaksamaaan peluang yang diberikan kepada golongan yang berjuang atas nama bakat ini berbanding tuntutan komersial yang lain,

namun begitu karya arahan Fasyali Fadzly ini membuka akal fikiranku tentang dunia teater secara tidak langsung.bagi aku sayang jika mereka,generasi seperti kita dinafikan hak untuk berkarya di pentas  yang gah,hanya kerana tidak menampilkan artis yang komersial,juga diiringi dengan nyanyian yang bervokal tinggi,mungkin tidak lengkap jika tiada tajaan dari orang kenamaan.walaupun karya yang ditampilkan tidak jelas jalan penceritaanya.

jika dilihat dari sudut sinografinya,dari segi props,costume dan make-up..mereka pandai menyesuaikanya mengikut jalan cerita.segala pertukaran props dari satu plot ke satu plot dibuat oleh mereka sendiri.

pencahayaan juga di mainkan dalam pementasan tersebut.namun begitu tidak salah  jika aku katakan bahawa karya yang cuba ditonjolkan ini memberikan kelainan dan mungkin juga akan membuka lebih banyak peluang kepada pejuang-pejuang teater indie tanah air suatu masa nanti.dan mereka-mereka yang bergiat aktif dalam bidang ini mampu mengorak langkah lebih jauh suatu masa nanti.

No comments:

Post a Comment