Setelah saya melihat dan menonton teater muzikal the secret life of Nora.apa yang dapat di simpulkan serba sedikit berdasarkan pemahaman saya.dan juga beberapa pandangan dari suara ramai.Teater ini lebih kepada specticular.banyak aksi-aksi yang dilakukan telah menonjolkan aspek kekaguman kepada penonton terutamanya dari sudut sinografi.merangkumi costume yang menarik,props yang bagi saya agak mengujakan dan pastinya memerlukan bajet yang tinggi,lighting,dan banyak lagi.pakaian yang digunakan juga dalam lingkungan era 50 ke 60an.sesuai dengan story line.
Teater ini juga merupakan salah satu broadway teater.Jalan cerita tidak dapat disampaikan dengan jelas bersesuaian dengan konsep muzikal nya itu.hanyalah untuk menghiburkan penonton dengan di sajikan alunan nyanyian.biarpun jalan cerita yang disampaikan tidak begitu jelas.sebagai contoh aznil yang memegang watak mr.j yang tidak fasih sebutan "R",sehinggakan penyampaian nya tidak begitu jelas,namun dek kerana dia artis yang popular,maka kecacatan sebutan itu dapat dilindungi dengan hilai tawanya penonton.dan timbulnya sense of humor disitu.
sekarang berbalik kepada perbandingan antara dua teater dari persepsi saya.Apa yang jelasnya dapat dilihat adalah dari segi bajet.hal ini menurut pandangan saya adalah kerana,jika sebuah produksi terlibat,mempunyai bajet yang sangat mencukupi,mahupun melebihi,pastilah teater tersebut lebih memberikan impak yang besar dihati penonton berbanding dengan produksi kecil yang tidak mempunyai bajet yang mencukupi.
namun begitu.Ini bukanlah kebiasaanya.Kerana saya melihat dari kaca mata sebagai pemerhati industri teater di Malaysia.Bagi saya,masyarakat kita ada hari ini tidak begitu memandang bidang teater sebagai suatu bidang yang boleh melangkah jauh.seperti industri perfileman tanah air.Dan mereka-mereka yang menonton juga adalah merupakan di kalangan tertentu sahaja.Mungkin pada mata masyarakat,teater hanya sesuai di pertontonkan kepada golongan yang berduit sahaja.yang khususnya akan melihat teater dari sudut hiburan semata-mata,berbeza pula dengan produksi-produksi kecil,latihan dan pementasan juga di adakan di tempat-tempat kecil yang kurang tersohornya,namun begitu,karya yang cuba di tonjolkan menunjukkan jalan cerita yang bagus,tepat dan tidak hanya berfokuskan kepada dunia muzikal sahaja yang begitu sinonim dengan masyarakat di malaysia.
menurut tugasan yang di berikan oleh lecturer saya.kami semua hendaklah membandingkan kedua-dua teater yang sudah kami tonton ini dari skop sinografi.Dan jika dibincangkan dari sudut sinografinya pula,pastilah banyak kekurangannya bila teater kecil arahan Fasyali ini bila di bandingkan dengan teater arahan dari datuk tiara.di mana,set artistik nya boleh dikatakan bombastik jugalah.sesuai dengan konsep yang ingin "diva" sampaikan.
set dan props yang digunakan juga tidak serius,pelakon- pelakon juga tidak dapat menggunakan props dengan jayanya.tapi lain pula yang berlaku dalam pementasan juta-juta.walaupun penggunaan set dan props yang "bajet" tapi,susunan plot dan susun atur props juga dilihat sabagai multifunction yang berfungsi mengikut semua keadaan sesuai dengan watak dalam babak tersebut.pelakon-pelakon juta-juta sangat pandai menggunakan props yang ada supaya menampakkan fungsi props tersebut,sekaligus menghidupkan jalan cerita.Di samping itu juga,teater ini menampilkan artis-artis yang sangat mahir dalam bidang teater, begitu juga ada beberapa bahagianya menggunakan pelakon pelakon akrobatik dan penari istana budaya itu sendiri.
kesimpulan yang dapat saya buat adlah.biarpun naskah apakah yang ingin kita sampaikan kepada penonton,maklumat itu harus dan semestinya cepat bertindak sesuai mengikut keadaan.
No comments:
Post a Comment