Sunday, 23 October 2011

apa itu Theatre in space?


sejarah pentas

 Ruang ialah suatu aspek yang utama di dalam seni bina.Ruang yang selalu diguna pakai dimaksudkan di dalam seni bina ialah ruang-ruang yang terbentuk apabila terdapatnya dinding-dinding atau objek-objek yang kedudukannya atau perletakannya membentuk satu kawasan samada dĕngan mengelilinginya secara bulatan, empat segi ataupun sebagainya.Konsep ruang ditakrifkan dengan lebih mendalam, ianya bukanlah semata-mata dibentuk oleh dinding, tetapi tanpa dinding-dinding dan objek-objek.Kewujudan ruang sebenarnya tidak terhad iaitu tiada penghujungnya

Di dunia seni teater khususnya, pentas telah terbahagi diantara 3 jenis, yang paling utama dan sering digunakan. 
  
Pentas pertama ialah pentas yang berbentuk proscenium


          Berasal dari perkataan Greek, Proskenium,di gunakan Sejak zaman Italian Renaissance.Juga dikenali sebagai Picture Frame Stage.Berada dihadapan Skene (Backdrop).Proscenium Arch di Rome diterangkan sebagai Proscenium yang bermaksud “In front of the scenery”.Di Rome Theater, tiada proscenium arch seperti pentas kini.
ciri-ciri pentas:
                  1. Panggung proscenium yang menggunakan bingkai(proscenium arch) dan dipasangkan 
                   tirai pada bingkainya adalah bertujuan untuk memisahkan ruang lakon dari penonton.
                2.  Selain itu ia juga digunakan untuk menukar set atau membuat 
                   apa-apa perubahan diatas pentas tanpa pengetahuan penonton.
                3.  Jarak ruang lakon dan kedudukan penonton juga memberikan impak kerana
                  ianya membuatkan persembahan menjadi lebih jelas seolah-olah tiada penonton yang
                  melihatnya (fourth wall) penonton duduk di satu arah sahaja.
      4.  Penggunaan pentas proscenium juga membenarkan setiap aspek kekaguman dipersembahkan tanpa dilihat oleh penonton.
       Semua kemudahan ini sangat membantu dari segi artistik persembahan dan juga pementasan-pementasan realism.
      5. Oleh kerana itu, kebanyakkan pentas yang dibina hingga sekarang adalah bercirikan pentas proscenium.

          Konsep Teras pada peringkat umumnya digunakan berabad   lamanya, dan telah digunakan pada tahun 1953 oleh Festival Shakespeare Stratford Kanada. 
Theatre Festival pada asalnya hanya dipentaskan dibawah khemah sehingga ke peringkat teater. Pada tahun 1957 pentas teras telah di bina secara kekal. Setelah itu, pentas teras yang lain juga telah di bina di merata tempat.
ciri-ciri pentas : 
1.Pentas Thrust seakan pentas Prosecinium tetapi 2/3 bahagian depannya memfokuskan kearah penonton.
2.Mempunyai 3 posisi iaitu :
      1 di hadapan
      2 disisi kiri dan kanan
3.Pintu masuk (entrance) melalui belakang pentas.
4.Ia boleh merapatkan jurang antara pelakon dengan penonton (komunikasi).
 
Pentas arena ialah pentas yang berasal dari zaman Yunani. Berbentuk terbuka dengan penonton duduk secara separa bulatan atau bulatan semasa menonton persembahan. Dikenali sebagai centre stage.pentas arena adalah sebuah pentas  yang tidak memperuntukkan banyak kelebihan dari sudut kekaguman, kerana ruang yang terhad membataskan pergerakan set yang besar.
 Menurut  Gary ,'Theater gesture for the actor needs to be of a bold nature. Rapid movement and small gesture with normal conversational dialogue would become lost.' ini bermaksud, sekiranya seseorang pelakon berlakon di pentas arena, mereka haruslah bijak dalam membuat gerakan dalam lakonan, kerana jika pergerakan yang dibuat adalah kecil, maka akan tenggelamlah perwatakan sesuatu watak.
ciri-ciri pentas adalah :
1. Jalan keluar dan masuk mesti dibina melalui penonton (celah-celah penonton).Jalan keluar dan masuk mesti dibina melalui penonton (celah-celah penonton).
 2. Ini menyebabkan “surprise entrance” ( pelakon masuk pentas secara mengejut) akan menjadi sukar kerana pelakon mestilah masuk pentas tanpa dilihat terlebih dahulu. Maka, jalan masuk ke pentas biasanya akan dibina pada sudut teater. 
3. Di Malaysia, pentas berbentuk arena terdapat di Lambang Sari IstanA Budaya. dan di stadium-stadium yang ada di Malaysia
4. Tidak memerlukan frame atau pengahadang (barrier) untuk mengasingkan pelakon dari penonton.
5. Bersifat ekonomik (disebabkan hanya memerlukan bajet yang rendah berbanding stage yang lain).
rumusan
  walaupun terdapat banyak jenis pentas.namun pentas yang paling sesuai dan paling banyak digunakan pada masa ini ialah proscenium stage.kerana ini memudahkan pelakon membuat penukaran set dan costume.

rujukan.

The theatre experience Edwin Wilson.The city university of new York, 2004
A Phaidon Theatre Manual, Stage Design And Prosperties (1998)

 

pengenalan subjek


pengenalan sino


sinografi adalah merupakan salah satu proses membuat teater dengan menggunakan set,costume,Naskah( skrip) mengikut teori dan praktikal didalam sesuatu premise atau ruang yang telah dikemaskini,dengan kata lainnya ialah ruang tersebut sedang diolah atau di isi .

perbandingan antara dua teater dari persepsi saya




Setelah saya melihat dan menonton teater muzikal the secret life of Nora.apa yang dapat di simpulkan serba sedikit berdasarkan pemahaman saya.dan juga beberapa pandangan dari suara ramai.Teater ini lebih kepada specticular.banyak aksi-aksi yang dilakukan telah menonjolkan aspek kekaguman kepada penonton terutamanya dari sudut sinografi.merangkumi costume yang menarik,props yang bagi saya agak mengujakan dan pastinya memerlukan bajet yang tinggi,lighting,dan banyak lagi.pakaian  yang digunakan juga dalam lingkungan era 50 ke 60an.sesuai dengan story line.

Teater ini juga merupakan salah satu broadway teater.Jalan cerita tidak dapat disampaikan dengan jelas bersesuaian dengan konsep muzikal nya itu.hanyalah  untuk menghiburkan penonton dengan di sajikan alunan nyanyian.biarpun jalan cerita yang disampaikan tidak begitu jelas.sebagai contoh aznil yang memegang watak mr.j yang tidak fasih sebutan "R",sehinggakan penyampaian nya tidak begitu jelas,namun dek kerana dia artis yang popular,maka kecacatan sebutan itu dapat dilindungi dengan hilai tawanya penonton.dan timbulnya sense of humor disitu.




sekarang berbalik kepada perbandingan antara dua teater dari persepsi saya.Apa yang jelasnya dapat dilihat adalah dari segi bajet.hal ini menurut pandangan saya adalah kerana,jika sebuah produksi terlibat,mempunyai bajet yang sangat mencukupi,mahupun melebihi,pastilah teater tersebut lebih memberikan impak yang besar dihati penonton berbanding dengan produksi kecil yang tidak mempunyai bajet yang mencukupi.




namun begitu.Ini bukanlah kebiasaanya.Kerana saya melihat dari kaca mata sebagai pemerhati industri teater di Malaysia.Bagi saya,masyarakat kita ada hari ini tidak begitu memandang bidang teater sebagai suatu bidang yang boleh melangkah jauh.seperti industri perfileman tanah air.Dan mereka-mereka yang menonton juga adalah merupakan di kalangan tertentu sahaja.Mungkin pada mata masyarakat,teater hanya sesuai di pertontonkan kepada golongan yang berduit sahaja.yang khususnya akan melihat teater dari sudut hiburan semata-mata,berbeza pula dengan produksi-produksi kecil,latihan dan pementasan juga di adakan di tempat-tempat kecil yang kurang tersohornya,namun begitu,karya yang cuba di tonjolkan menunjukkan jalan cerita yang bagus,tepat dan tidak hanya berfokuskan kepada dunia muzikal sahaja yang begitu sinonim dengan masyarakat di malaysia.



menurut tugasan yang di berikan oleh lecturer saya.kami semua hendaklah membandingkan kedua-dua teater yang sudah kami tonton ini dari skop sinografi.Dan jika dibincangkan  dari sudut sinografinya pula,pastilah banyak kekurangannya bila teater kecil arahan Fasyali ini bila di bandingkan dengan teater arahan dari datuk tiara.di mana,set artistik nya boleh dikatakan bombastik jugalah.sesuai dengan konsep yang ingin "diva" sampaikan.


set dan props yang digunakan juga tidak serius,pelakon- pelakon juga tidak dapat menggunakan props dengan jayanya.tapi lain pula yang berlaku dalam pementasan juta-juta.walaupun penggunaan set dan props yang "bajet" tapi,susunan plot dan susun atur props juga dilihat sabagai multifunction yang berfungsi mengikut semua keadaan sesuai dengan watak dalam babak tersebut.pelakon-pelakon juta-juta sangat pandai menggunakan props yang ada supaya menampakkan fungsi props tersebut,sekaligus menghidupkan jalan cerita.Di samping itu juga,teater ini menampilkan artis-artis yang sangat mahir dalam bidang teater, begitu juga ada beberapa bahagianya menggunakan pelakon pelakon akrobatik dan penari istana budaya itu sendiri.



kesimpulan yang dapat saya buat adlah.biarpun naskah apakah yang ingin kita sampaikan kepada penonton,maklumat itu harus dan semestinya cepat bertindak sesuai mengikut keadaan.

Sunday, 9 October 2011

teater juta-juta


 sinopsis

 teater ini mengisahkan tentang perjalanan seni tiga sahabat baik,yang mengusulkan cadangan untuk mementaskan teater di sebuah panggung terhebat tanah air,iaitu "keraton Seni"
mereka telah mencapai kata sepakat dan telah membuat sesi pembentangan untuk mendapatkan sokongan dan tajaan banyak pihak.walaubagaimanapun,perjalanan seni mereka tidaklah semudah yang di sangkakan.

semasa sedang membuat pembentangan idea di hadapan pengarah keraton,bakal penaja dan juga pengkritik teater tanah iar,mereka telah mengimbau kembali bagaimana mereka telah bergelumang dengan senario teater tanah airsewaktu zaman bergelar pelajar dahulu.

dan mereka meneruskan juga perbincangan mereka untuk mementaskan teater sehinggalah bertikam lidah antara satu sama lain.Namun dengan fikiran yang waras,dan perjuangan seni mereka masih belum selesai,mereka akhirnya telah membuat satu keputusan untuk mementaskan sebuah teater yang berkisar mengenai kehidupan mereka.

preview

ceritanya bermula apabila tepat jam 8.30 malam.Teater ini pada pendapat aku ianya mengisahkan tentang3 orang anak muda yang memperjuangkan karya mereka.harapan yang tinggi untuk melihat industri teater kecil mendapat nama di pentas keraton( sebuah tempat yg berprestij) telah dihalang.

Teater ini mengisahkan tentang cerita dalam cerita atau lebih enak di sebut teater dalam teater.teknik flash back juga dimasukkan .

Teater ini juga berbentuk synical,secara halusnya,jalan cerita ini bukanlah ditujukan kepada mana-mana pihak.namun sebagai orang yang celik seni,dan arif tentang selok belok dunia teater.dan bagi mereka yang lebih dikenali sebagai indie band ni sudah tentu masak dengan  protokol "sistem" itu sendiri.

teknik penceritaan agak kemas..walaupun hanya dimainkan oleh 3 orang pelakon iaitu Aloy Paradoks,Fazleena Hishamuddin adalah seorang gadis yang tidak peru diperkenalkan lagi. Beliau digelar Ratu Indie Malaya,dan juga anak muda yang masih menuntut di UITM,Anas Ridzuanyang membawakan 12 watak,tapi mereka berjaya membuatkan penonton teruja an terpegun dengan aksi yang di tampilkan.

bagi aku,walaupun teater ini sedikit sinis,tapi ada unsur humornya.stor kecil seperti DBP itu,yang disaksikan oleh banyak peringkat,tidak pudar dengan hilai tawanya.
pengucapan yang jelas dan lancar oleh ,Fazleena Hishamuddin membuatkan aku begitu kagum.set dan prop yang digunakan tidaklah begitu gah dan mewah,kerana teater yang kecil sebegitu,tidak memerlukan bajet yang besar,cukuplah sekadar RM20,tapi besar maknanya pada kami yang cuba bergiat dalam bidang ini.

'Juta-Juta' sebenarnya lebih  membuka hal-hal rumit di sekitar mereka selaku penggiat teater kecil-kecilan yang berdepan dengan pelbagai karenah dan hal-hal yang tidak munasabah dalam memperjuangkan karya seni mereka. Aku faham tentang 'tempat agung' Keraton Seni yang mereka maksudkan. Aku juga mengerti betapa kebanjiran teater-teater muzikal komersial banyak mengubah senario teater tempatan. Dan aku juga tentu amat maklum tentang ketidaksamaaan peluang yang diberikan kepada golongan yang berjuang atas nama bakat ini berbanding tuntutan komersial yang lain,

namun begitu karya arahan Fasyali Fadzly ini membuka akal fikiranku tentang dunia teater secara tidak langsung.bagi aku sayang jika mereka,generasi seperti kita dinafikan hak untuk berkarya di pentas  yang gah,hanya kerana tidak menampilkan artis yang komersial,juga diiringi dengan nyanyian yang bervokal tinggi,mungkin tidak lengkap jika tiada tajaan dari orang kenamaan.walaupun karya yang ditampilkan tidak jelas jalan penceritaanya.

jika dilihat dari sudut sinografinya,dari segi props,costume dan make-up..mereka pandai menyesuaikanya mengikut jalan cerita.segala pertukaran props dari satu plot ke satu plot dibuat oleh mereka sendiri.

pencahayaan juga di mainkan dalam pementasan tersebut.namun begitu tidak salah  jika aku katakan bahawa karya yang cuba ditonjolkan ini memberikan kelainan dan mungkin juga akan membuka lebih banyak peluang kepada pejuang-pejuang teater indie tanah air suatu masa nanti.dan mereka-mereka yang bergiat aktif dalam bidang ini mampu mengorak langkah lebih jauh suatu masa nanti.